Sunday 14 April 2013

Bagaimana Yusuf dengan saudaranya

Alhamdulillah Summa Alhamdulillah...Segala syukur diberi begitu banyak keruangan masa dalam menvariasikan peluang yang ade untuk mengongsi beberapa ibrah yang ingin diambil daripada kisah Nabi Allah Yusuf AlaihiSalam....

Dengan kenikmatan Iman dan Islam terbuka hati saya untuk meng'share'kan beberapa pengajaran yang telah dikisahkan dalam Al-Quran dalam surah Yusuf ayat 58-66 yang menceritakan bagaimana perjalanan Nabi Allah Yusuf mengendalikan ekonomi dizaman dimana Baginda dipilih oleh Allah untuk memegang jawatan menteri kewangan pada zaman tersebut...

Sebelum itu,,untuk pengetahuan sahabat2 kisah perjuangan nabi yusuf  banyak diceritakan dalam al-quran...Bagaimana sahabat2 melihat Allah menceritakan kisah baginda secara detail dalam surah Yusuf dari awal ayat hingga akhir ayat..


      Ramai dikalangan kita tidak begitu banyak yang mengambil pengajaran daripada kisah perjalanan baginda dimana dikhabarkan baginda merupakan seorang yang penyabar dan tidak pernah terdetik dalam dirinya untuk membalas dendam atas apa yang diperlakukan oleh sepuluh saudaranya di mana sepuluh saudara itu sangat cemburu apabila melihat kasih sayang nabi Yaakob kepada Nabi Yusuf melebihi darpada mereka semua..dan tidak lupa juga sangat bijak dalam membuat keputusan ..(ayat 58-66)

       ..Apabila seluruh negara dilanda kemarau,  maka semakin kurang bekalan gandum...Pada masa itu Nabi Allah Yusuf sudah pun membuat Saving untuk jangka masa akan datang (Salah satu teknik ekonomi berkembang di zaman baginda )...Seluruh rakyat Mesir datang kepada baginda untuk meminta bekalan gandum termasuklah rakyat Palestin. 

       Palestin ialah tanah di mana lahirnya baginda dan hidup bersama 11 lagi saudaranya dan bersama nabi yaakob..perpisahan baginda dengan Nabi Yaakob bermula setelah baginda dibuang ke dalam telaga datanglah para musafir menjumpai nabi Yusuf dan dijual kepada Sultan Aziz..maka hiduplah baginda ketika di istana, di dalam penjara..
             
       Selain daripada kelebihan dia atas, baginda juga diberi karamah oleh Allah dapat mentakwil mimpi...Sejak itu baginda pun dinaikkan pangkat oleh Sultan Aziz di atas kebijaksanaan yang baginda miliki

        pelajaran:
  • ·         seorang pendakwah mesti buat kerja serupa bikin
Di samping nabi baginda berdakwah, Nabi diuji satu perasaan iaitu perasaan marah apabila melihat saudaranya kerana mengingatkan perbuatan jahat yang telah dilakukan  7 tahun dahulu.. Bagaimana nabi Allah Yusuf ini menghadapi mereka adalah dengan menggunakan akal fikiran yang waras dan tidak bertindak melulu . Jadi nabi tidak menunjukkan sikap buruk kepada saudaranya bahkan melayan dengan baik. Kerana apa? kerana baginda sedar bahawa  apa dakwah yang dibawa selama ini sedang diuji.

        Di sini yang ingin saya tekankan... kita sebagai Daie ,kita mesti ingat bahawa apabila Allah nak uji seseorang itu, Allah akn uji orang yang  paling dekat dengan kita..   Org paling dekat nabi yusuf adalah adik beradik baginda sendiri...
·         
  •         Nabi Allah Yusuf manage ekonomi dengan hebat sekali
  •          Bijaksananya Nabi Yusuf As

·         Nabi yusuf sangt bijak,,,kalau baginda memberi bekalan itu kepada adik beradiknya begitu sahaja memang sah mereka tidak akan datang ke mesir sekali lagi dan mereka tidak akan   membawa Binyamin berjumpa dengannya..Bermula di situ, Nabi Yusuf cuba memulakan permainan bijaknya dengan mengugut selagi mereka tidak membawa Binyamin selagi itu baginda tidak akan memberikan bekalan gandum tersebut.

  •           Allah tidak akan mendatangkan kesenangan tanpa kesusahan 
       Ujian bertimpa-timpa yang melanda baginda tidak memutuskan semangat baginda ..Setalah berpisah dengan ayah dan keluarga kemudian diuji dengan godaan Zulaikha dek tampan wajahnya itu , Iman baginda tidak pernah goyah...Malah Allah telah memberi balasan dengan pangkat dan dapat bersama keluarga baginda semula..

      Oleh itu wahai sahabat dan sahabiah kejayaan bukan diukur melalui keputusan slip semata-mata  tetapi  kejayaan itu juga diperoleh apabila kita dapat mengongsikan kenikmatan itu bersama-sama dengan orang tersayang. Nabi yusuf mengongsikan kejayaannya dengan adik-beradiknya yang lain

·         

·       Sebelum itu sedikit penjelasan   Ayat 64-
·         Cerita musuh2 Allah..mereka akan memujuk walau dengan apa cara sekalipun untuk mndapatkan apa yang mereka kehendaki. Saudaranya baginda Nabi Allah Yusuf itu sanggup menggadaikan Binyamin demi mendapatkan tanaman gandum..Di sinilah kita melihat bagaimana sikap israel, penuh pendustaan, munafik, dan sikap ini masih dibawa kepada keturunan seterusnya sebagaiman kita melihat bagaimana perancangan israel sendiri apabila ingin mendapatkan tanah Palestin, mereka memikir banyak cara untuk medapatkannya. Salah satu cara adalah menghapuskan segala umat islam dipalestin untuk mendapatkan gelaran palesit..
·     

           Berkaitan kisah seterusnya tentang nabi Allah Yusuf , Kali ketiga  kedatangan mereka ke mesir barulah  diberitahu bahawa sultan itu adlah yusuf dan  kali keempat kedatangan nabi yaacob dengan adik beradik berjumpa dgn nabi yusuf.
·         
                                                                                                                                                                
      Bagi Sesiapa yang merasakan gelisah dan tidak tenang disarankan untuk  membaca suruh yusuf  insyaAllah akan tenang dari sebarg maslah..

Sebelum sahabat-sahabat meninggalkan page ini, saya kita fikir semula sebanyak manakan kebaikan jikalau kita belajar sejarah disekolah tanpa kita mengambil ibrah daripadanya.. apabila kita menulis sejarah..kite kena tahu  cara ingin menulis sejarah iaitu disertakan moral.. sebagaimana Allah tulis sejarah dalam al-quran..

Kita boleh ambik banyak model dari nabi yusuf…nabi yusuf bapak ekonomi.. untuk kita semua, jika anda sahabat-sahabat yang ingin mencadangkan  Sirah nabi dijadikan silibus sekolah saya sangat menyokong seratus peratus..

Adakah masih ada pimpinan seperti nabi yusuf pada zaman sekarang?
fikir-fikirkanlah..

Sunday 31 March 2013

Perang Kasal..(malas)

Selamat Tinggal duhai Kemalasan...
Hadirnya engkau membawa semangat..
Hadir kau membawa sinar subuh..
Menghidupkan harapan..

Bicara aku dengan idola..
Malam yang panjang itu, aku berdoa..
menulis semula sejarah..
Meraikan Tanah Qudus..

Wahai pelawat kemalasan..
Akan kau ku bunuh demi hidupku..
Dan menghabiskan kau sebelum kau menghabiskan hati aku..
supaya aku dapat membunuh engkau walaupun seketika..!!
Maka sudah tamat kedamaian dan masa untukmu!!
malah ngkau masih belum puas,,
bahkan meminta-minta untuk terus menjadi org y rugi dan tidur..

Demi maruah,,akan ku rampas Dar mu
dan aku cabut hingga ke akar umbi..
melemparnya dari hilang pandangan mata..
Sehinngga tidak temu jalan pulang..

menanam ganti  perhatian  kerjaku..
supaya dapat menjadi kunci bagi setiap kebaikan..
menjadi contoh kepada orang..
bahawa akan ku capai tangan mereka ..
supaya menjadi insan bertakwa yang berkehadapan ..
dan memperoleh barisan paling hadapan ..
di syurga nanti...

Sunday 10 February 2013

Abang! adik sayang abang..

Aku resah,
Aku marah,
Aku takut,
 Wahai matahari yang memancar.
Di mana sinar cahayamu?
Wahai bintang bergemerlapan
Di mana kelipanmu?
 yang sentiasa menemani malamku.

Arah anak mataku masih di  sana.
Menunggu akan ciptaanMu untuk setia
Mendengar keluhan jiwa yang lara
Bersama kaca-kaca mutiara
Di sebalik jendela.

Abang
Air mata adik berjurai
Memujuk hati yang gelora..
Sakit seperti dicucuk-cucuk
Oleh kata-kata yang terpancul dari mulutmu.

Namun ,
Sabar merelakan adik
Untuk menahan cacian
Dari amarah abang.

Adik tidak pernah menyesal untuk berdiam..
Kerna adik yakin
Diam adik akan mengajar abang..

Adik ingat..
Suatu hari,
Abang pulang dengar motor ,
Membawa luka yang merah
Membawa sebekas balasan,
Menghapus dosa abang pada ibu..
Abang menyepi di kamar itu,
Menahan sakit
Tiada yang merawat..
Tiada yang mengubat..
Sakit kah abang ketika itu?

Adik menderita
Hingga Ramadhan kunjung tiba..
Saat paling bahagia,
Seluruh umat Islam meraikannya,
Menyekat segala nafsu
Serakah dan durjana..
Abang masih ditakuk  lama..
Meninggalkan suruhanNya…
Adakah di sana ada rasa bahagia wahai abang?

Abang  yang dicintai,
Abang  sebenarnya buta dalam menilai,
Sampaikan kasih ibu abang ragukan,

Bukan salah ibu kerana tidak memihak abang malam itu,
Tapi diri abang yang tidak pernah jujur pada ibu..
Kata abang pada ibu tidak akan mengulangi nya kembali,
Tapi janji abang lansung tidak
berisi..
Luluh tidak berganti

Urat hijau ayah yang timbul
membawa bukti yang kukuh..
Mendaki gunung kerjaya yang
 tinggi..
Mencari sesuap nasi
Untuk kita  sama-sama melongkari ilmu akhirat nanti..
Namun abang silap pula menyalur pergi..

Wahai Abang ,
Bangunlah dari tidurmu!
Hentilah dari memejam mata..
Mimpi itu tidak sentiasa indah..
Bangkitkan semangat bekerja untuk ummah
Kamu dicipta bukan sia-sia
Tapi untuk memegang
Amanah yang Rasulullah berikan.

Abang,
Sesungguhnya abang tidak
 keseorangan,
Ketahuilah,
Ibu dan ayah sentiasa menanti abang dengan segunung harapan..
Sejarah dulu sudahpun mereka lupakan.

Di tanah suci
 ayah dan ibu sentiasa mendoakan.
Supaya abang menjadi titik
kebanggaan,
Bernazar mengharap abang jumpa akan jalan pulang.

 
Adik,
Abang khilaf,
Sejarah dulu yang mengajar abang,
Tamparan demi tamparan,
Abang redha,
Kerana itulah hakikat untuk abang tempuhi.
 Maafkan  Faqih ibu,
Maafkan Faqih ayah,

Tapi Allah itu Maha Adil dik,
Dia memberi abang hadiah yang sungguh  istimewa,
Permaisuri yang cantik dan solehah,
Sebagai peneman sepanjang hayat.

***
Hening suasana ,
Takbir raya bergema,
Di pagi raya yang penuh fitrah..
Mempercayai akan adanya tuhan Allah  s.w.t
yang Maha Esa .
Sebagaimana abang adik yang sudah pun kembali kepada fitrah asal
Bersama bayi yang comel
Ahmad Fitri bin mohd Faqih
Nama yang membawa seribu
 makna.

Alhamdulillah,
Perkahwinan abang membawa seribu berkat..
Diiringi doa ibu dan ayah yang
sentiasa bersama,
Agar  mempelai  hidup diberkati tuhan..

Abang,
Adik sayang abang.
Adik harap abang akan selalu
 bersama adik memegang panji dakwah islam..

Bibirku terukir senyuman,
Oh matahari, rupa-rupanya tugasmu diserah kepada bulan untuk menerangi malam,
Oh bintang , besar benar jiwamu, menghilang  memberi laluan kepada si hujan..
Sungguh rahmat..
Ya tuhan sunggu indah aturanMu..








Thursday 31 January 2013

EKONOMI KITA.

Satu kesedaran bagi umat islam sekarang dalam melaksanakan ekonomi yang begitu efektif bagi memajukan taraf kehidupan umat islam di mata dunia. 

Kenapa orang kata islam mundur dari segi ekonomi?
 ini kerana pelaksanaan mereka sendiri tidak pernah mempunyai agenda tersendiri.
 kata orang kais pagi makan pagi,
 kais petang makan petang.

Melihat negara kita sendiri,
 ekonomi dikuasai oleh orang china.
 Hanya segelintir sahaja diberikan kepada orang melayu untuk mengambil peluang dalam bidang sebegini. 

Bagi saya sendiri, 
saya sangat kagum melihat pengurusan mereka dalam mengatur strategi untuk mencapai untung yang tinggi.
 Contohnya mereka telah pun diterapkan dengan amalan tidak suka berhutang. 
Tidak suka berbelanja mengikut kepuasan. 

Persoalan....
adakah masyarakat islam,
 melayu terutamanya pernah meneliti hal-hal sebegini dan diambil berat supaya anak-anak muda kita terlatih dengan perkara sebegini?
 mungkin ada,
 tetapi orang yang mengambil tahu sahaja. 
Contoh cikgu ekonomi di sekolah,
 pakar-pakar dalam perbankan 
dan sebagainya.
  Namun segelintir ini tidak termasuk dalam kalangan yang tahu
 tetapi buat tidak endah sahaja.

Statistik terbaru.
 Beribu-ribu mahasiswa 
dan golongan miskin telah pun murtad
 adalah puncanya daripada ekonomi sendiri. kenapa? 
Mereka kata mereka tiada duit.
 Mereka terpaksa memilih jalan yang singkat begini 
untuk meneruskan hidup.

Adakah  kita
 harus membiarkan jumlah orang yang murtad semakin bertambah?
 Sekarang adalah tugas kita 
tak kira kanak-kanak,
 pelajar,
 berumah tangga 
ataupun kerjaya, 
perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan mengamalkan SAVING untuk masa hadapan kita sendiri.
 Jangan pula orang nak guna ipad kita pun nak guna ipad.
 orang nak beli rumah besar, kita pun nak beli rumah besar.

Di indonesia,
 para pendakwah menggunakan wang sebagai jalan untuk menarik mereka mendekatkan agama. Orang miskin tidak akan merasa kesusahan maka peratusan untuk murtad berkurangan.

Ayuh kita! ekonomi kita di tangan kita!

Friday 25 January 2013

Hakikat untuk dia

 TAHUN 2010

Kemasukanku ke sekolah itu adalah pilhanku sendiri. Selain untuk aku ingin berdekatan dengan ibubapa ku, aku ingin mencari tempat untukku memajukan diriku sendiri.

                                                            Gambar hiasan
                                                         
3 tahun aku di kelantan, aku tidak pernah kenal mana-mana sekolah di kampungkun sendiri. Termasuklah Sek Men Agama Atas Sultan Zainal Abidin. Salah satu sekolah agama bantuan yang terletak di Terengganu. Pada andaianku sekolah ini tidak pernah wujud. Rupa-rupanya selama aku melalui jalan ke Rusila di situlah terletaknya ia. (Satu-satu jalan yang aku ingat..haha!!) dan satu lagi sekolah yang aku kenal selama research aku terhadap sekolah baru ku ini. Terdapat sekolah yang hampir sama namanya dengan sekolahku. Apa yang membezakan ialah sekolahku terdapat perkataan 'Atas' dan sekolah itu pula dihuni oleh pelajar lelaki sahaja berbeza dengan sekolah ku.Sek Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang.

Seminggu sebelum aku didaftarkan ke sekolah ini, ibuku menjemputku di sekolah lama Maahad Saniah di Pasir Puteh. Kata ibuku aku sudah tidak punya waktu yang lama untuk mencari barang untuk persiapan ke sekolah baru. Sekolah baru? Kali ketiga sudah aku ditukarkan sekolah.Walaupun begitu, tiada masalah bagiku. Di sini aku boleh berhijrah mencari kehidupan yang baru, mencari kawan baru  Cikgu baru dan yang palin sukar bagiku adalah untuk menukar dialekku sendiri. Dari loghat Kelantan, aku kena biasakan diri untuk bercakap loghat kampungku sendiri. Alhamdulillah sudah biasa sekarang.

Baju hijau,tudung hijau dan kain pula hitam..Herm aku tersenyum. Bila masa aku naik pangkat menjadi pengawas sekolah?..Namun dulu. Kini pakaian itu hanyalah pakaian pelajar biasa di sekolah baruku.

Setibanya ayahku memarkir kereta di kawasan padang sekolah. Hati aku dah bergelora ketakutan. Tambahnya lagi, aku kena mendaftarkan diri di dalam dewan kerana dewan itu agak cukup besar bagiku. mana tidaknya, selama aku berada di maahad kelantan , tidak pernah wujud satu pun dewan kecuali dewan makan. HUHU..


Kelihatan semua berbaju hujau. Terang dan masih berbau gudang. Wajah-wajah yang berada di situ menjadi asing bagiku. Mana satu ting4 dan ting6 ? yang kecil molek itu mesti ting4 kan? aku beranggapan sendiri. Ibu bapa dan anak-anak yang lain sedang menunggu untuk mendaftarkan diri.


Selesai membayar, aku ditunjukkan blok asrama yang sudah tidak jauh dari dewan. Cantik. Kawasannya luas. Hatiku yang bagaikan laut yang ditiup angin, menjadi tenang dan damai. Sikit demi sedikit, hatiku sudah boleh menerimanya. Eh bukankan dia yang aku nampak tadi? kenapa dia pulak yang tunjukkan bilik?. Rupa-rupanya dia sala seorang seniourku. Ting6. anggapan aku tadi salah

Aku naik ditingkat dua. Bilik _. Wau, pintu besi! jeritku dalam hati.(Jakun tak?) Di saat itulah, aku rasa hidupku berubah 100%. Bilik bersih. katil yang kemas.Kain selimut di selit dengan elok.Waduh, selesa bangat. Hotelkah ini? . erm,,tak jugak mana ada hotel katilnya banyak dalam satu bilik.

Aku bermain dengan perasan ku sendiri. Selesai sahaja mengemas, ibuku meminta untuk pulang. Dengan pantas aku menjawab "OK!". 

aku ketiduran. 

Seorang demi seorang suara mereka kedengaran. Membualkan apa yang tela h terjadi di sekolah. Itu ini. Begitu begini. Tidak berhenti malah makin bertambah suaranya. haaa!! bisingnya. Aku bangun ." Sudah jam berapa?. 2.30 petang?" mataku terpaku pada jam yang berada di birai katilku.

tiba-tiba.

"Assalamualaikum. Pelajar baru ker? Nama apa?." tanya salah seorang dari mereka. Dia datang dekat kepadaku. 

aku senyum. "yelah. takkan senior kot."

"Haah. nama Sayyidatun Nisa'. Panggil Nisa' pelajar Ting.4. awak nama apa?".

"Aqilah. pelajar Ting5..erm ...Nisa' dah makan ?"

"ow..kakak.sori.."

 "tak lapar ker?. Pergilah makan. Sekarang ni memang waktu makan. Tapi jangan lambat tau. Nanti mak cik tutup." Dia senyum sekali lagi kearah ku.

Aku melewati hari pertamaku diasrama dengan penuh disiplin. Aku boleh dikatakan disiplin juga orangnya. Kadang-kadang pernah digelar 'Budak Skema'. Tapi aku tak kisah akan semua tu.Bagiku hidup disiplin tidak ada payahnya. Sebagaimana dianggap oleh sesetengah pelajar. Tapi aku tidak lah persalahkan orang yang suka hidup bebas. Langgar peraturan sekolah.Sememangnya melanggar peraturan itu salah. Tapi ada batasannya terutama batasan agama. Dalam keadaan begini kefahaman tentang taat wala' itu sangat penting.

{Taatlah kamu kepadaNya dan kepada Rasulmu dan setiap pemimpin di kalangan kamu.}

Taat kepada pemimpin itu adalah merupakan sesuatu tuntutan kepada kita sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran . Oleh itu berhak untuk pemimpin itu untuk memberi hukuman jika tidak mentaatinya selagi tidak melanggar hukum syarak.

                                                                      ***

Malam itu sesi taaruf dijalankan oleh pihak asrama. Aku memperkenalkan diriku kepada semua pelajar aspuri. Di bilik pula, aku memperkenalkan untuk kali kedua kepada mereka. Senior dan Junior seangkatan sebagai rakan sebilik. Walaupun begitu dengan berkenalan secara formal sebegini, mungkin masih belum dapat mengenali satu sama lain. Perlu sedikit masa untukku bermesra dan lebih ramah dengan mereka.

Dalam aku kesunyian hidup menjalani hari-hari indah berada di asrama terutamanya bilik, aku dihantar seorang kawan yang baru sahaja pindah masuk ke sekolah ini . Dia terlewat seminggu dari aku. Mungkin kerana masalah surat berhenti sekolah atau sebagainya. Diana Farisya. Nama itulah yang telah menemani aku sepanjang aku sunyi dibilik itu.

Setahun sudah aku diiktiraf sebagai pelajar Sek Men Agama Atas Sultan Zainal Abidin. Walaupun setahun aku menjadi ahli bilik tersebut, aku masih tidak dapat mencari keintimanku dengan seniour-seniour ting5. Aku seakan tidak boleh membiasakan diri dengan mereka. Lain pula Diana Farisya. Mungkin kebijaksanaan dia dalam menarik hati mereka lebih dari aku. 

Kelemahanku masih banyak. Aku kena belajar cara untuk menerima orang yang tidak sama dengan cara pemikiranku. Mereka telah banyak melakukan kesalahan asrama. Mungkin itu menjadi satu sebab.

"Nisa'. Hati manusia itu semua sama. Hati kita kata ingin menjadi baik. Hati mereka juga begitu. Diana sebenarnya susah untuk mendekati diorang. Tapi Diana cuba jugak. Diana buat muka tak malu sahaja sebab Diana rasa diorang pun mahu berbual dengan kita. Bergurau dengan kita, tapi diorang malu. Diorang nampak kita  budak baik. Cuma kita doakan walaupun mereka membuat kesalahan asrama tetapi tidak membawa mereka kepada perkara lalai.Jangan kita pula sisihkan mereka."

Pengakhiran persekolahan sudah pun tiba. Aku mengangkut segala kotak-kotak yang diisi barang untuk dibawa pulang. 

"Nisa' ni ada sedikit tanda ingatan dari kami buat Nisa' dan Diana. Mungkin ini kali terakhir kita berjumpa. Mohon maaf dari segala kesilapan kami semua. Terima kasih atas kesabaran Nisa' dalam melayan karenah kami. Walaupun kami tak dapat menjadi kakak yang baik untuk kamu berdua, kami semua berharap kenangan kita bersama tetap diingati hingga akhir hayat. Doakan kami dapat menjawab peperiksaan SPM dengan baik."

Pelukan kami erat.Sungguh sedih untuk meninggalkan mereka. Aku berharap mereka dapat menjadi orang berguna pada masyarakat dengan ilmu yang dikutip di taman ilmu yang begitu indah ini. Mungkin selepas ini tanggungjawab ini juga yang perlu ku galas.

Aku memandang sekeping kad yang berisi kata-kata. Sungguh berhikmah kata-kata itu.


                                                                      ***
 TAHUN 2012
"Jom turun dulu." Ibuku mengajakku untuk turundari kereta.

Sambil menunggu adik-adikku menghabiskan kelas mengaji. Aku terpaksa menunggu adik-adikku di kedai kakakku. Aku terus menuju ke kashier yang terletak dihadapan penjuru kedai. Penjaga kashier itu tersenyum kepadaku. Aku menyipitkan mata membalas. Kenapa dia tersenyum ke arahku?. Wajahnya pernah ku kenali dahulu. Aku cuba untuk mengingat kembali. aku pernah terserempak dengannya?

"Nisa tak kenal ker?"Dia menyoalku. aku mengambil masa yang lama untuk mengingat semula.

"Ya Allah. kak Maisarah kan?" Rupa-rupanya Allah telah pun menemukan  aku kembali dengan salah seorang dari mereka.

" iya. Amboi dah lupa." wajahnya tidak berubah seperti dahulu, malah lebih berseri.

"Bukan lupa. Tak cam ." aku hilang kata-kata."akak kerja sini?"

"taklah. tuan kedai." kak Maisarah cuba bersenda.Aku tergelak kecil.

"lama dah?."

" Baru aje. lepas habis je matrix akak mintak kerja sini. Nak tunggu masuk u pulak."

"oww..macam mana matrix? ok?."

"Alhamdulillah. So far so good. Dugaan dan cubaan tu seperti biasa."

"dugaan?"

"haah. dugaan. akak kat UITM, akak sorang jer yang pakai tudung besar yang ambik kos akaun. dorang anggap akak ni macam ustazah tau tak?. kalu nampak je akak, diorang akan tunduk hormat. kalau yang ber'couple' pun  takut tengok akak . tapi kalau buat tak tahu jugak tu memang berdehem hati akak. Nak bagi penumbuk pun ada. Ingat dia je yang ada pakwe makwe. Akak pun ada lah. (Allah) Walau macam mana pun akak kena tegur jugak. Dah memang tugas akak kan?. Belajar agama, belajar ilmu Al-quran kena sampaikan walaupun pahit. "

Aku senyap. Terfikir sejenak. kak Maisarah yang aku kenal di sekolah dahulu sangat berbeza dengan kak Maisarah yang berada di depanku sekarang. Mungkin itulah yang dikatakan don't just look by  cover. Aku memandang rendah kepada mereka selama ini, walhah mereka lebih hebat dari aku.Tanggungjawab yang dipikulnya itu sememangnya berat. Bagaimana dengan aku? adakah aku boleh terima bebanan sebegitu?.. Namun inilah hakikat untuknya dan juga aku. 

"Alhamdulillah. kak.Allah itu sentiasa menguji tahap keimanan seseorang. Walaupun peperiksaan kita lulus. Adakah kita lulus ujian daripada Nya?. Mungkin itu sebahagia daripada persediaan akak untuk menghadapi hari besar nanti.Sekurang-kurangnya akak sudah mengetahui jawapan jika ditanya soalan tentang apakah usaha kita dalam memelihara agamaNya."

"Harap-harap begitulah. Doakan akak selalu."

"insya Allah kak."

Semenjak pertemuanku dengan kak Maisarah membuatkan aku sentiasa beringat bahawa ilmu mesti diamalkan buka diburu semata-mata.

Manusia pelbagai ragam. Rambut sama hitam tapi hati berlainan. Mungkin di hati nampak baik, tapi boleh jadi dia yang merosak bangsa, boleh jadi dia yang dihempap menjadi orang yang kita sanjung.

*dedikasi buat sahabat dan adik-adik di SMAASZA. Cari la bekalan untuk masa hadapan

<teman SEBILIK  Nuranida Zulhilmi dan akak2 yang saya cintai.>


Wednesday 23 January 2013

Selamat Hari Lahir Muhammad!!

"Weh ..selamat hari lahir. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki !" sapaan khairul mengejutkan Muhammad Hadif yang tengah leka bermain dengan laptopnya. Hadif hanya tersenyum kelat. Tiada menunjukkan reaksi terharu atau gembira.

khairul yang tersengih lebar terus muncung. dahi berkerut melihat kawannya yang tidak bermaya. kerusi di sebelahnya ditarik untuk turut serta bersama Hadif. Khairul memanjangkan tengkuknya dan merapatkan kepalanya di hadapan laptop seakan-akan orang yang rabun sehingga menghalang Hadif untuk melihat skrin laptop. Khairul berpaling wajah ke arah Hadif. Muka Khairul dan muka Hadif sudah tidak jauh jaraknya. Cuma seinci. Mata Khairul berkelip-kelip. Dahinya semakit berkerut. Keanehan di wajah Hadif membuatkan Khairul tertanya-tanya.

   "Kau ni kenapa Dif? aku tengok kau dah macam mati bini. Kau tau tak? cuba kau cerita. Kau ada masalah ker?"

  "Entah la wei. Hati aku rasa lain macam. Aku macam dah tak ada perasaan dah sekarang."

senyap. Dahi Khairul semakin berkerut.

   "Hari ni berapa hari bulan?" Soalan itu tiba-tiba diaju kepada Khairul.

    "23 hb."Jawabnya ringkas.

    "tak. Maksud aku bulan hijrah." Hadif memandang Khairul tidak berkelip.

    "bulan hijrah?. Entah aku pun lupa. Kau apasal ?tanya tarikh bagai." Khairul yang masih kehairanan membetulkan kedudukannya.

     "Maulidur Rasul."

     "oh! haah tadi pun adik aku telefon. Dia tanya aku balik ke tak Maulidur Rasul ni. Aku senyap. Aku kata insyaAllah. padahal aku tak tahu pulak Maulidur Rasul dah nak dekat.Haduila. Lawak betul la kan?" Khairul gelak-gelak ayam. Sengaja ingin menceriakan suasana. Khairul kembali senyap melihat tiada respon dari Hadif.

     "Entah kenapa Maulidur  Rasul tahun ini betul-betul membuatkan hati aku begitu sedih, sayu. "

Ketukan pintu telah menghentikan perbualan mereka berdua. Faris memusing tombol pintu lalu membuka.
      "Assalamualaikum"

      "Waalaikumussalam." jawab mereka berdua.

      "kau dari mana ni Ris?"

      " Meeting."

      "Meeting ape bendanya Ris?. Ada program apa-apa pulak ke?"

      "Yes. Kita kan nak sambut maulidu Rasul. So sekarang ni pihak Universiti ada nak buat sambutan Minggu depan. Aku pun sekarang ni tengah cari Ajk untuk tugas-tugas khas pada hari tu. Kau nak?" Faris melabuhkan punggungya di atas katil dan bersandarkan dinding.

       "Tak pe lah Res. Aku tak minat sangat dengan benda-benda ni. Sori."

       "Jomlah. Kita raikan kelahiran nabi Muhammad. Mengingatkan  jugak kita dekat jasa baginda selama ni."

        "Bukan bermakna aku tak tolong, aku tak ingat." Khairul tidak mengalah.

        "Iya. aku paham."

Hadif senyap membungkam.

        "tapi cuba kalu aku lupa birthday kau hari ni Dif . pastu bila kau celebrate, aku tak datang tolong. kau terasa tak?"

         "ingat kau eh hari jadi aku?" ejek Hadif.

        "Mesti."

Khairul mengusap rambutnya yang menutup dahi ke belakang.

        "Kalau kau orang nak tahu. Sebenarnya kelahiran nabi merupakan satu berita gembira kepada setiap manusia yang mengaku muslim. tetapi kadang-kadang tak semua di antara kita yang mengetahui sejarah nabinya sendiri. Sedangkan  atas kita wajib mengetahui sejarah, selok belok agama."

keempat-empat mata sudah tertumpu pada faris.

       "Umat yang tak tahu sejarah agama dia sendiri, mereka sebenarnya tidak akan mencapai tamadun seperti umat-umat dahulu. umat-umat dahulu boleh capai tamadun. kerana apa? kerana mereka tahu akan sejarah islam. tetapi tengoklah anak muda sekarang jahil tentang agama. lagi-lagi bab sirah. Kau orang tahu kenapa Rasulullah ni sangat istimewa?"

        "Kenapa?"

        "sebab orang yang bernama muhammad ini bukan Afkariyah. Bukan Cendekiawan. Lulusan PHD. Doktor Falsafah. tetapi dia adalah Rasulullah. khatamun Anbiya' Wal Mursalin.Penutup segala Nabi dan penutup segala rasul. Barangsiapa yang tidak menyebut nama rasulullah SAW maka dia tidak beriman. Adapun orang kafir kalu nak masuk islam kena sebut nama Muhammad. Nak ganti nama lain memang tak boleh. lafaz"Asyhadu An La Ila Ha Illallah. Wa asyhadu An Muhammad Rasulullah." mesti perkataan Muhammad. bukan " Asyahadu An La Ila ha Illallah. Wa Asyhadu An Yusuf @Musa @Sulaiman" . Ia tidak menjadi Islam. inila betapa hebat batang tubuh anak Abdullah, Muhammad SAW."

       "wah, hebatlah ustaz!"Khairul seakan mengejek.

       "aku pun tahun ni, aku mula nak betul-betul ikhlas nak menyambut maulidu Rasul.Mungkin dah tiba saat aku sedar bahawa bukan senang nak jadi insan yang bernama Muhammad." Hadif meluaskan apa yang membuntu di hatinya.

faris hanya membalas dengan senyuman.


<<<3 Setelah dibuat kajian. nama yang paling banyak disebut ialah nama Muhammad .Waktu subuh sebanyak 3 juta masjid yang melaungkan nama Muhammad. Belum lagi masuk waktu Zohor, Asar,maghrib, Isyak.tidak termasuk orang-orang yang selalu berselawat kepadanaya. Maka begitu besar kehebatan nabi Muhammad. Tetapi kenapa ramai umat islam masih membelakangkan islam dalam kehidupan? maka fikir-fikirkanlah>>>


Sollu Ala Nabi..Marila kita sama-sama hayati perjuangan baginda...


Monday 31 December 2012

menuju ke hari khilafah Ar-Rashidah


NAMA: Ust Zainul Asri bin Haji Romli
UMUR:44 tahun (2012)
PENGAJIAN: Mesir(4 tahun) Darul Ifta' (pengajian secara khusus selama 2 tahun)
"kenapa tuhan memberi didikan yang hebat kepada sahabat ??? adelah untuk melahirkan ummah yang hebat...."ust zainul Asri.

kita adelah pelapis yang akan melansungkan perjuangan di hari Khilafah Ar-Rashidah...

Dalamilah pengetahuan sebelum kamu meminping...

keje kita mendalami ilmu..(Mahasiswa)
Mengaji adalah untuk memberi peringatan kepada kaum..
Bagitau kpd masyarakat supaya memperbetulkan apa yang harus diperbetulkan...

kita bayangkan di Laut Mati satu fenomena yang amat dasyat,,Malaikat menyucup sayapnya lalu menterbalikkan laut tersebut..

Malaikat Jibril:_ tugasnya menurunkan Bala, Menurunkan wahyu..menurunkan ilham kepda mereka yang ingin menyampaikan ilmu.
cth: Peristiwa Tsunami di Aceh,,satu fenomena yang amat dasyat.

Isu Nabi Adam diturunkan di Malaysia...sebenarnya India dan malaysia berada di atas satu dataran yang sama..disebabkan gegaran yang berlaku pada satu masa dahulu, maka terbentuk satu tasik yang sangat besar. sebesar peta negeri pahang. kerana debu yang sangat banyak, cahaya matahari mengambil masa sebulan untuk sampai ke muka bumi. tasik itu dinamakan Danau Toba..rupa tasik itu sangat menggerunkan.

kehilangan Atlentis..sebuah tamadun yang ditenggelamkan oleh Allah..

2012 bakal melabuhkan tirainya...esok mentari 2013 bakal menyinar....teman...apa yg istimewanya dgn 13 ni??...yg istimewanya ialah 2013-PRU 13-13 NEGERI...
13 merupakan bkn sembarangan nombor...nombor yg ada gahnya dalam lipatan sejarah islam...bilangan tentera badar(313 org)...bilangan para rasul ada ulama menyebutnya(313 org)... setelah 13 tahun Rasulullah berdakwah di mekah,,lalu baginda berhijrah ke madinah bg mendirikan kerajaan Islam yg pertama... ghazwah hunain yg berlaku pada 13 syawal tahun 8 hijrah yg mana kemenangannya berpihak kpd kaum muslimin... dan byk lg sejarah yg berkait dgn 13 ini...

apakah 2013 merupakan harapan baru bg kita di Malaysia untuk melihat tertegaknya sebuah pemerintahan yg adil dan berkebajikan berdasarkan syariat Islam serta tumbangnya sebuah rejim yg zalim ini??INSYAALLAH dgn kita memohon pertolongan drpd ALLAH...dgn munajat kita kpd ALLAH...

teman...sesungguhnya pertolongan ALLAH itu terlalu hampir....cumanya ALLAH tangguhkan dulu kemenangan itu...supaya kita ini lebih matang dan masak dalam perjuangan...ALLAH nk tarbiyahkan kpd kita bahawa di dalam perjuangan ini jgn terlalu gopoh dan bkn terlalu mudah utk menang walaupun perjuangan kita benar...dan ALLAH nk tanamkan keyakinan kita yg benar2 mantap kpd kekuasaan ALLAH itu...ALLAH juga nk bagi ganjaran yg besar dan pahala yg berlipat kali ganda bg mereka yg istiqamah bg memenangkan perjuangan Islam ini..dan ALLAH itu terlalu rindu dan terlalu kasih mendengar rintihan2 dan doa2 di kalangan hambaNYA dan para pejuang agamaNYA yg sentiasa bermunajat memohon kpdNYA kemenangan itu...

INSYAALLAH kemenangan itu milik kita... ALLAHUAKBAR!!ALLAHUAKBAR!!ALLAHUAKBAR!!
apakah 2013 merupakan harapan baru bg kita di Malaysia untuk melihat tertegaknya sebuah pemerintahan yg adil dan berkebajikan berdasarkan syariat Islam serta tumbangnya sebuah rejim yg zalim ini??INSYAALLAH dgn kita memohon pertolongan drpd ALLAH...dgn munajat kita kpd ALLAH...
teman...sesungguhnya pertolongan ALLAH itu terlalu hampir....cumanya ALLAH tangguhkan dulu kemenangan itu...supaya kita ini lebih matang dan masak dalam perjuangan...ALLAH nk tarbiyahkan kpd kita bahawa di dalam perjuangan ini jgn terlalu gopoh dan bkn terlalu mudah utk menang walaupun perjuangan kita benar...dan ALLAH nk tanamkan keyakinan kita yg benar2 mantap kpd kekuasaan ALLAH itu...ALLAH juga nk bagi ganjaran yg besar dan pahala yg berlipat kali ganda bg mereka yg istiqamah bg memenangkan perjuangan Islam ini..dan ALLAH itu terlalu rindu dan terlalu kasih mendengar rintihan2 dan doa2 di kalangan hambaNYA dan para pejuang agamaNYA yg sentiasa bermunajat memohon kpdNYA kemenangan itu...
INSYAALLAH kemenangan itu milik kita... ALLAHUAKBAR!!ALLAHUAKBAR!!ALLAHUAKBAR!!


menyampaikan ilmu kepada masyarakat maka 


mendalami ilmu agama ..BERTAFAQQUH untuk memimpin..
untuk memberi peringatan kepda kaum di malaysia supaya mrk mndpt peringtan
bagi th klpd rakyat malaysia klu kita kekal dgn sistem itu, kita akan diberi bala...

ulama adalah pewaris nabi..